
Pusat Tahfiz Darul Luqman adalah sebuah pusat pengajian tahfiz yang terletak di Lot 2651, Kampung Bukit Che Ali, Kijing 21600 Marang, Terengganu. Ia mula beroperasi pada tahun 2020 di bawah naungan mudirnya iaitu Ustaz Mohammad Zulfaqqar Bin Noraslam.
Kami juga menerima semua jenis golongan pelajar termasuk anak yatim, asnaf dan OKU kerana hasrat kami adalah untuk menyemai sinar al-Quran dalam diri setiap pelajar yang bakal menuntut di sini.
MENGAPA PERLU BERWAKAF?
Dunia pasti lebih harmoni andai kita berjaya melahirkan berjuta hafiz dan hafizah yang penuh dengan ilmu agama di dada. Merekalah yang akan menerajui dunia berteraskan agama dan al-Quran kelak.
Firman Allah dalam Surah Muhammad, ayat 7:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”
Alhamdulillah kami amat bersyukur atas wakaf tanah serta bangunan yang diwakafkan oleh seorang hamba Allah
namun kami masih lagi memerlukan sumbangan anda untuk meneruskan perjuangan memartabatkan Islam ini.
Kami amat berbesar hati untuk menerima sumbangan kalian tak kira kecil atau besar demi mendukung perjuangan besar anak tahfiz di sini.
BAGAIMANA UNTUK MEMBANTU?
Kami telah menyediakan beberapa pakej di bawah bagi memudahkan urusan anda menyumbang dana.
Anda juga boleh menyumbang dana melalui saluran secara manual. Butiran akaun adalah seperti di bawah:
Bank : MAYBANK
No. akaun: 5630 6416 0301
Nama: PUSAT TAHFIZ DARUL LUQMAN
Sila letakkan reference " WAKAF DL " untuk memudahkan pihak kami mengagihkan dana yang telah disumbangkan.
Firman Allah dalam Surah Al-Munafiqun ayat 10:
"Dan Belanjakanlah sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, Maka pada saat itu ia akan merayu dengan berkata; “Wahai Tuhanku, alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit masa lagi, Supaya aku dapat bersedekah dan dapat menjadi orang-orang yang soleh”