
Jom Jadikan Rabi’ul Awwal Bulan Yang Istimewa
Rasulullah SAW dilahirkan pada bulan Rabi’ul Awwal di mana kita boleh menghidupkan salah satu amalan sunnah yang mudah iaitu sedekah.
Lot wakaf serendah RM10 dibuka untuk tuan puan sekalian.
Boleh niatkan ia sebagai hadiah kepada ibu bapa yang telah pergi, anak -anak dan orang yang tersayang.
LATAR BELAKANG SEKOLAH
Tidak seperti pusat rawatan Islam yang lain, Darul Ariff Marang yang terletak di Kampung Baru Gong Balai Merchang 21610 Marang, Terengganu ini menawarkan pengajian perubatan Islam kepada golongan muda yang berumur 7 hingga 18 tahun.
Pusat rawatan Islam ini telah diasaskan oleh Ariffin Ayob sejak 20 tahun yang lalu dan telah membantu merawat ramai pesakit yang mengalami gangguan sihir atau jin dengan bantuan para pelajar serta tenaga pengajar sekolah tersebut.
Para pelajar daripada golongan memerlukan khususnya golongan yatim piatu, asnaf dan juga fakir miskin berpeluang mendapatkan ilmu perubatan Islam tanpa sebarang bayaran supaya mereka menjadi pelapis pengamal perubatan Islam yang baik kelak.
Tidak dinafikan pengajian yang ditawarkan di sini amat unik berbanding pusat pengajian Islam yang lain dan ini telah menarik lebih ramai pelajar yang menuntut di sini.
Namun, penambahan bilangan pelajar menjadi satu kerisauan buat kami disebabkan oleh bangunan yang kami gunakan kini semakin uzur dengan atap yang bocor serta dinding yang sudah dimakan anai-anai.
Kebajikan setiap pelajar juga tidak dapat dijamin kerana bila-bila masa sahaja bangunan tersebut akan roboh. Justeru, pihak pengurusan sangat mengalu-alukan bantuan dana ikhlas tuan/puan bagi membina bangunan baru yang lebih besar dan selamat.
JUMLAH DANA YANG DIPERLUKAN
Pihak pengurusan Darul Ariff Marang akan cuba sedaya upaya untuk membangunkan pusat rawatan Islam yang moden ini tetapi bantuan sumbangan tuan/puan yang banyak membantu kami untuk mengadakan pengajian yang kondusif dalam waktu terdekat.
Untuk makluman, dana pecahan yang diperlukan adalah seperti di bawah:
✔️ RM400,000 – Pembelian dan penyediaan 2 ekar tanah
✔️ RM600,000 – Bangunan surau dan kelengkapan
✔️ RM700,000 – Bangunan asrama dan kelengkapan
✔️ RM500,000 – Bangunan rumah guru
✔️ RM800,000 – Bangunan sekolah dan kelengkapan
Sesungguhnya tanpa kita sedari, setiap sem yang diwakafkan itu sedikit demi sedikit dapat membina sebuah jambatan yang utuh menuju ke syurga yang abadi. Semakin banyak yang diwakafkan maka semakin utuhlah jambatan yang dibina itu, Inshaallah.
Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali dari bisikan-bisikan orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat kebaikan atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat demikian kerana mencari keredaan Allah, maka kami akan memberinya pahala yang besar.”
(Surah an-Nisa:114)
Bagaimana Anda Boleh Membantu?
Untuk memudahkan urusan anda menyumbang dana, pihak kami telah menyediakan beberapa pakej seperti dibawah:
Untuk sumbangan secara manual/bank transfer/CDM, boleh bank in akaun di bawah:
Bank:
Maybank
Nombor
Akaun:
5630 6415 8370
Nama: D arul Ariff Marang
Sila
letakkan reference "WAKAF" untuk
memudahkan pihak kami mengagihkan dana yang telah disumbangkan
.
Tiada kata yang mampu diucapkan
selain doa yang berterusan buat para dermawan yang tidak putus-putus membantu
pihak kami mengumpulkan dana buat
Darul Ariff Marang
.
Moga syurga menjadi ganjaran atas budi baik anda semua. Amin ya Rabbal Alamin.
1. Bagi pembayaran menggunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.