Ayuh Gantikan Atap Bocor Pusat Rawatan Islam Ini!
Marilah menyumbanglah untuk memudahkan urusan para pelajar Darul Ariff merawat pesakit dan nantikan ganjaran yang tiada tandingannya!
Lot wakaf serendah RM10 dibuka untuk tuan puan sekalian.
Boleh niatkan ia sebagai hadiah kepada ibu bapa yang telah pergi, anak -anak dan orang yang tersayang.
Sebagai seorang umat Islam, telah menjadi tanggungjawab kita untuk membantu saudara Islam lain yang sedang dalam kesusahan. Ini dapat dilihat daripada sebuah hadis di mana Allah sangta mengasihi hambaNya yang membantu mengangkat kesusahan orang lain.
Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat untuk manusia. Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke dalam hati seorang mukmin atau engkau hilangkan salah satu kesusahannya, atau engkau membayarkan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya.”
(Hadis riwayat at-Tabrani)
Di kesempatan ini, pihak pengurusan Darul Ariff Marang ingin menyeru tuan/puan untuk turut sama menyumbang dana bagi tujuan penempatan baru pusat rawatan Islam ini.
Pusat rawatan Islam yang terletak di Kampung Baru Gong Balai Merchang 21610 Marang, Terengganu ini telah mula beroperasi sejak 20 tahun yang lalu menyebabkan beberapa kerosakan di bangunan ini seperti atap bocor dan dinding yang dimakan anai-anai.
Uniknya, Darul Ariff bukan sahaja menerima pesakit yang memerlukan malah mereka juga membuka peluang pendidikan percuma bagi anak-anak daripada golongan yang memerlukan khususnya anak yatim, asnaf dan fakir miskin berumur dalam lingkungan 12 hingga 18 tahun.
Pengasas Darul Ariff, Ariffin Ayob, berhasrat untuk menerima lebih ramai pelajar agar dapat membantu merawat lebih ramai pesakit yang memerlukan namun beliau terpaksa menangguhkan hasrat murninya itu disebabkan oleh kekangan wang.
Dana Yang Diperlukan Kini
Kami kini sedang berusaha mengumpul dana bagi tujuan pembelian dan penyediaan dua ekar tanah yang bakal didirikan bangunan baru untuk memudahkan operasi Darul Ariff merawat pesakit serta menyediakan pembelajaran buat para pelajar.
Jumlah dana yang diperlukan untuk membbeli dua ekar tanah adalah sebanyak RM400,000 secara keseluruhannya.
Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Adakah tuan/puan mahu melepaskan ganjaran yang berlipat kali ganda ini? Amalan yang sangat mudah membawa pulangan yang menguntungkan namun tidak ramai yang sanggup melakukannya.
Ayuh, ringankan tangan untuk memberi dan rasai kenikmatan bersedekah yang kalian sendiri tidak pernah terbayang.
Bagaimana Anda Boleh Membantu?
Untuk memudahkan urusan anda menyumbang dana, pihak kami telah menyediakan beberapa pakej seperti dibawah:
Untuk sumbangan secara manual/bank transfer/CDM, boleh bank in akaun di bawah:
Bank:
Maybank
Nombor
Akaun:
5630 6415 8370
Nama: D arul Ariff Marang
Sila
letakkan reference "WAKAF" untuk
memudahkan pihak kami mengagihkan dana yang telah disumbangkan
.
Tiada kata yang mampu diucapkan
selain doa yang berterusan buat para dermawan yang tidak putus-putus membantu
pihak kami mengumpulkan dana buat
Darul Ariff Marang
.
Moga syurga menjadi ganjaran atas budi baik anda semua. Amin ya Rabbal Alamin.
1. Bagi pembayaran menggunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.